kesahihan makhluk halus @ hantu
Khamis, 21 November 2013
karak atau jelapang perak??
Lebuhraya Karak telah dibina pada tahun 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada tahun 1977. Highway ini menghubungkan Kuala Lumpur - Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km •°•°•. Jalan ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan Genting Highland. Pada tahun 1990 Jan 20, ada kemalangan yg gemparkan rakyat Malaysia dengan tragedi 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU apabila berlaku pertembungan kenderaan FRU dengan sebuah lori sebuah bas dan 10 biji kereta. Dan ada pula misteri kononnya ada sebuah Volkwagen kuning yg sering menganggu pemandu yg melalui terowong tersebut.
(Ada khabar lain dari sesetengah orang menyatakan bahwa misteri Volkwagen kuning ini menganggu terowong Jelapang jalan menghubungkan Ipoh - Kuala Kangsar.)
Sebuah Volkwagen boleh muncul di dua tempat di terowong yg berbeza? ?
misteri villa nabila terungkap
Villa Nabilla dilokasi Danga Bay,Johor Bharu..
Kini misteri yg sering dikaitkan dengan kes pembunuhan seorang kanak kanak perempuan bernama Nabila yg dibunuh oleh orang gaji dan disimenkan di dinding villa tersebut hanyalah rekaan semata mata. Fakta sebenar tentang sejarah Villa Nabila ialah villa tersebut dimiliki oleh seorang ahli perniagaan berbangsa cina. Ahli perniagaan tersebut telah didakwa di makamah kerana pecah amanah dan menipu kerajaan negeri Johor. Rumah berkenaan ditinggalkan kosong kerana disita oleh pihak berkuasa setelah mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah kepada ahli perniagaan tersebut.
Rabu, 20 November 2013
Highland Tower
Kali ini blog sy menceritakan tentang filem Highland Tower yg telah mengegarkan pawagam diseluruh malaysia baru baru ini. Ia merupakan kisah realiti beberapa orang anak muda yg memberanikan diri menjadi paranormal dalam bangunan Highland Tower. Tetapi disebaliknya tentang projek sebelum mereka memulakan shoting filem tersebut. Banyak penduduk disekitar kawasan Highland Tower tersebut terasa terganggu dengan kisah hantu dan entiti yg muncul dikawasan terbabit dan salah seorang penduduk yg duduk di kawasan berhampiran mengatakan beliau tak pernah menemui sebarang entiti.
Percaya atau tidak anda fikirkanlah kebenaran tersebut.
misteri dan mistik bersama kakyongManja
Apa pendapat anda tentang rancangan realiti SEEKERS yg ditayangkan pada setiap hari rabu jam 8.30 mlm di Ntv7 dikaca tv anda. Ade yg kata hantu atau entiti yg sempat dirakam oleh kamera adalah edit semata-mata untuk mendapatkan publisiti murahan oleh masyarakat tempatan. Menurut Datuk Fadillah Kamsah dalam satu rancangan debat bahas bersama ketua paranormal iaitu Uncle Seekers. Dalam Al Quran cuma mengatakan Allah mencipta jin, makhluk halus, malaikat, syaitan tp tiada pula tertulis HANTU. Seperti hantu yg sering kita tonton dlam film atau drama. Mesti klau ada babak seriau yg hantu akan muncul mengejut dari belakang pasti ada yg akan menjerit ketakutan. Sebenarnya kita sebagai makhluk Allah s.w.t jga sama seperti makhluk halus,jin, syaitan, iblis dan para malaikat. Jadi sebagai umat Allah s.w.t, janganlah kita lebih takutkan syaitan, lebih baik kita lebihkan membaca kitab Al quran dan dekatkan diri dan takut pada Allah S.W.T.
Langgan:
Catatan (Atom)